Siapa FaDélaT?
Facilitating and Development Team
Sekumpulan insan yang telah kami berikan latihan. Mereka mempunyai kesedaran tentang keperluan dalam memberikan peringatan, nasihat dan bimbingan dalam pelbagai pendekatan kepada segenap lapisan sasaran. FaDélaT adalah individu yang terlatih mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi serta motivasi dan jatidiri yang positif.
Duta Kecil IQ Class Management
Sudah tentu, FaDélaT merupakan duta kecil IQ CLASS MANAGEMENT walau di mana pun mereka berada. Apa yang diharapkan, mereka akan sentiasa memegang prinsip-prinsip asas yang dipelajari dan dikongsikan bersama orang lain demi kebaikan dan perkembangan orang lain bersama-sama mereka.