WEBINAR ANAK DI ERA PANDEMIK


Musim pandemik amat sukar bagi kita untuk menyesuaikan diri apatah lagi berkaitan dengan anak-anak kita sendiri di rumah.

Bagaimana pendidikan mereka?

Bagaimana pembelajaran mereka?

Bagaimana untuk uruskan mereka?

Semua persoalan amat membebankan ibu bapa untuk melalui dunia yang baharu ini. Namun, itu bukan alasan untuk kita hanya menyerahkan kepada marah dan melepaskan diri dengan kemurungan dan tekanan. Ia mesti diuruskan!

Anak Di Era Pandemik akan mengetengahkan tips mendidik anak-anak di era pandemik khususnya berkenaan dengan pengurusan gajet mereka seharian. Tajuk akan dibincangkan oleh Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini yang merupakan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management. Berpengalaman luas dalam kerja-kerja kemasyarakatan serta jurulatih latihan, pembangunan dan motivasi yang mempunyai visi yang jelas terhadap perkembangan generasi akan datang. Berbekalkan segala pengalaman dengan pelbagai modul latihan khusus berkaitan perkembangan remaja, penggunaan gajet serta bahaya siber beserta dikenali sebagai graduan dari UIAM, ahli NLP dan hipnoterapi, beliau akan berkongsi dengan para ibu bapa di luar sana bagaimana secara bijak menghadapi cabaran norma baharu ini.

Untuk mendaftar, sila klik di sini.


Yuran: RM10.00 sahaja (e-sijil disediakan)

Catatan Popular