CERAMAH SELANGKAH KE ALAM REMAJA


Murid tahun enam di sekolah anda telah tamat peperiksaan terakhir mereka? Anda risaukan mereka apabila mereka melangkah masuk ke sekolah menengah? Tidak pasti dengan aktiviti yang ingin dianjurkan selepas peperiksaan terakhir mereka? Isikan masa mereka dengan berfaedah. Bersama IQ Class Management dalam siri Ceramah Motivasi Sahsiah dan Jati Diri SELANGKAH KE ALAM REMAJA. Modul ceramah selama 2 jam. Murid akan mengetahui bagaimana dunia kanak-kanak mereka dan bagaimana pula dunia remaja yang bakal mereka hadapi. Apakah cabaran di sekolah menengah dan bagaimana mereka boleh menghadapinya dengan selamat dan berjaya. Semuanya bersama IQ Class Management. Hubungi kami segera!

Ceramah berdurasi: 120 minit atau 2 jam
Sasaran cadangan: Murid sekolah rendah khususnya tahun 6

Pengisian Ceramah:
  • Bahagian 1 - Pengenalan
    1. Murid diingatkan sebab mereka hadir ke sekolah.
    2. Murid akan mengetahui kepentingan persiapan ke sekolah menengah.
    3. Murid akan mempelajari bagaimana untuk memberikan tumpuan semasa guru mengajar.
  • Bahagian 2 - Selangkah Ke Alam Remaja
    1. Murid akan mengenali dunia kanak-kanak yang bakal ditinggalkan.
    2. Murid akan mengetahui perubahan diri yang berlaku kepada remaja.
    3. Murid akan didedahkan tentang bahaya perhubungan diperingkat sekolah menengah.
    4. Murid akan dibimbing dengan tips pemilihan rakan di sekolah menengah.
  • Bahagian 3 - Aplikasi
    1. Perhubungan Selamat
    2. Sentuhan Tidak Selamat

Catatan Popular