MY MISSION MY LIFE!


Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management sekali lagi dipelawa untuk memberikan perkongsian bersama pelajar dan murid bimbingan (Adab Youth Garage (AYG) kelmarin (19 Jun 2021). Perbincangan awal timbul apabila para penggerak mula membincangkan tentang rendahnya komitmen para pelajar untuk terlibat dalam satu projek kumpulan belajar yang diusahakan bagi membimbing mereka membina kecemerlangan diri untuk peperiksaan dan kehidupan. Usaha yang dimulakan sejak awal PKP 3.0 bermula ini tampak begitu baik dan amat membantu, namun kegagalan mendapat kerjasama dai pelajar sedikit sebanyak merencatkan perancangan dan pelaksanaan sebagaimana yang diharapkan.

Perbincangan atas rasa tanggungjawab tersebut telah mencetuskan webinar 'My Mission My Life!' apabila para penggerak berfikir bahawa para pelajar yang terlibat ini secara umumnya tidak bersedia dan tidak berupaya untuk fokus dengan apa yang mereka inginkan dalam kehidupan. Maka, bimbingan awal penetapan misi kehidupan ini direncanakan bagi membantu mereka jelas dengan apa yang sewajarnya mereka letakkan dan aturkan dalam kehidupan mereka.

Sepanjang sesi berlangsung, perhatian diberikan kepada apakah yang harus difahami dari makna misi itu sendiri. Ramai yang terkeliru antara misi dan cita-cita walaupun pada hakikatnya, keduanya adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Penjelasan diberikan dengan baik bahkan para pelajar diminta untuk membuat beberapa latihan penulisan misi mereka. Selam lebih kurang satu jam tiga puluh minit sesi ini berlangsung dan sebahagian pelajar malah bersedia untuk berkongsi misi kehidupannya. Kami percaya, lebih kerap kita berkongsikan matlamat kehidupan kita itu, semakin banyak doa-doa kejayaan yang akan mereka terima.

Catatan Popular