CERAMAH BAHAYA PORNO KEPADA REMAJA


Gejala sosial semakin menakutkan kehidupan seharian yang dilalui oleh ibu bapa atau penjaga hari ini kerana ia secara khusus melibatkan kelompok remaja yang secara umumnya merupakan anak-anak yang dijaga dan dipantau oleh kedua ibu bapa mereka di rumah. Antara isu yang amat menonjol hari ini adalah isu pornografi akibat dari mudahnya bahan-bahan ini didapati oleh remaja hari ini sehingga mengakibatkan penyakit-penyakit mental dikalangan remaja seperti hilang tumpuan dalam pembelajaran, tekanan perasaan, ketagihan porno bahkan lebih malang lagi sehingga mengakibatkan ketagihan seks dan menyumbang kepada pembuangan bayi. Oleh yang demikian kami bawakan ceramah BAHAYA PORNO KEPADA REMAJA khusus buat tatapan dan pendedahan remaja terhadap bahaya aktiviti ini.



Ceramah berdurasi: 120 minit atau 2 jam
Sasaran cadangan: Murid sekolah rendah tahun 6 dan pelajar sekolah menengah.

Pengisian

Bahagian 1 - Pengenalan
  • Pengenalan dan pendidikan seksualiti

Bahagian 2 - Bahaya Porno
  • Apa itu pornografi?
  • Apakah kesan-kesan menonton pornografi? - Isu ketagihan
  • Akibat dari ketagihan pornografi
  • Tanda-tanda ketagihan
  • Menghindarkan diri dari terlibat
  • Mengatasi ketagihan pornografi

Bahagian 3
  • Tayangan video
  • Perkongsian pengalaman kes


Catatan Popular