PENDAFTARAN DIBUKA! CEMERLANG BELAJAR ONLINE SIRI 2




Pandemik telah menyebabkan ramai anak-anak hilang tumpuan terhadap pembelajaran mereka. Ada yang hilang minta dan tidak kurang juga yang menghadapi pelbagai kekangan untuk mengikuti persekolahan norma baharu. Lebih menggusarkan apabila pandemik membawa kita kepada satu keadaan di mana anak-anak perlu bergantung kepada gajet dalam pembelajaran mereka. Ramai dikalangan masyarakat yang meletakkan gajet sebagai satu alat mengisi masa lapang anak-anak dan sebahagiannya menetapkan ia sebagai satu hiburan yang memerlukan kawalan ke atasnya. Sebaliknya hari ini, alatan hiburan ini tidak lagi mampu dibendung akibat dari keperluan mendesak harian yang perlu mereka lalui demi kelangsungan persekolahan.

Adakah ia benar alatan hiburan?
Terjejaskan pendidikan jika berterusan anak-anak dengan gajet?
Bagaimana mereka boleh fokus kembali walaupun dengan gajet?

Semua persoalan di atas akan dijawab dalam Cemerlang Belajar Online. Anak-anak akan diberikan peringatan mengenai keutamaan mereka semula dan ditambah dengan bimbingan adab dalam pembelajaran secara online. Bahkan, anak-anak juga akan diberikan amaran mengenai bahaya penggunaan gajet khususnya telefon pintar tanpa kawalan dan disiplin. Tiga fokus ini akan diselang-selikan dengan aktiviti yang akan membantu anak-anak untuk lebih memahami topik yang dibincangkan.

5 keutamaan yang mesti anak-anak kekalkan dalam ingatan untuk cemerlang bermula dari penetapan sasaran yang jelas. Sasaran yang jelas memungkin anak-anak untuk fokus secara berterusan sehingga mencapai apa yang diidamkan. Persoalan kedua adalah, apakah sasaran itu mampu mereka capai? Capaian sesuatu sasaran bukan hanya bertapak pada impian atau cita-cita, tetapi bagaimana keperluan-keperluan capaian itu disempurnakan. Persoalan seperti, siapa yang boleh membantu, bagaimana untuk capai dan bila akan dicapai adalah antara persoalan yang penting untuk diteroka sendiri anak-anak.

Sekiranya capaian itu tampak gusar dan kurang meyakinkan, ada ruang dalam diri anak-anak yang perlu dibantu untuk dilakukan beberapa olahan. Contohnya kelas tambahan, rakan sokongan, bimbingan 'one-to-one' dan sebagainya. Olahan ini harus menjadi keutamaan dalam memastikan kecemerlangan tersebut. Olahan yang berkesan adalah disebabkan oleh rantaian hubungan yang akrab dengan pelbagai pihak. Anak-anak tidak mampu melakukannya tetapi mereka perlu dibimbing untuk tahu berkongsi cerita bersama ibu bapa mereka mengenai permasalahan dan berusaha untuk memanfaatkan rangkaian yang ada pada orang dewasa disekitar mereka.

Apapun usaha yang dijalankan walau sekuat mana sekalipun, tetap ada perkara yang perlu menjadi peringatan dan perhatian untuk anak-anak kita elakkan. 'Smartphone', amarah, malas, pawagam, alasan dan mungkin hubungan rahsia adalah penyebab kepada ketidakcemerlangan mereka. Namun penilaian ini perlu ada pada anak-anak sendiri, mereka perlu menilai dan memilih bagaimana untuk mereka mencapai kecemerlangan diri mereka sendiri. Oleh yang demikian, anak-anak akan diberikan peringatan mengenai keberkatan ilmu melalui perkongsian adab belajar secara online seperti 'eye-2-eye', 'voice response', 'camera on attend' dan 'self discipline in class'. Ia kemudiannya diakhiri dengan beberapa peringatan juga mengenai bahaya penggunaan gajet yang berlebihan terhadap kesihatan diri anak-anak.

Pendaftaran untuk sesi ini telah dibuka dan anda boleh mendaftar di pautan yang disediakan di bawah.

Tarikh: 20 Jun 2021 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Medium: Google Meet.

Sesi ini akan disampaikan oleh Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini, Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management yang juga merupakan aktivis yang banyak memberikan ceramah dan bimbingan mengenai bahaya gajet serta kesan gajet terhadap perkembangan anak-anak. Beliau juga terlibat secara langsung dalam pembangunan modul Belajar Berkumpulan Cara S.M.A.R.T Online yang mana ia merupakan sebuah modul bimbingan kumpulan belajar dengan tenaga fasilitator yang terlatih. Pernah terlibat serta membangunkan sendiri pelbagai modul latihan, bimbingan dan motivasi kepada pelbagai peringkat kelompok bermula dari murid sekolah rendah sehingga kepada kakitangan kerajaan. Kini, beliau masih lagi pengurus dan pemilik IQ Class Management. Graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan merupakan pengamal NLP dan Hipnoterapi As-Syifa'.

RM5.00 / orang
e-Sijil disediakan
*Penyertaan terbuka untuk anak-anak bermula dari 10 hingga 19 tahun.

Untuk mendaftar klik di sini.

Catatan Popular