BIMBINGAN PENGUCAPAN AWAM


11 Oktober 2020, Ulu Yam Selangor
- Perunding Utama Latihan dan Motivasi kami telah bertandang ke Ulu Yam bagi memenuhi jemputan dari pihak Kelab De Volunteer UNISEL bagi membimbing ahli-ahli mereka untuk membina keyakinan diri dalam Kem Pidato Sukarelawan dengan tema mereka "Memperkukuh Komunikasi". Ketibaan beliau disambut baik dan ia sangat mengujakan apabila kami mendapat makluman bahawa mereka berkhemah selama dua hari khusus bagi melatih diri mereka membina daya tahan diri yang mampan. Satu usaha yang amat dipuji dan semoga mendapat keberkatan darinya.

Sesi perkongsian bermula pada jam 9.00 malam namun, para peserta telah diberikan tugasan awal pada sebelah petang untuk mereka mempunyai asas utama dalam komunikasi bermula dari komponen komunikasi, medium komunikasi serta halangan dan permasalahan dalam komunikasi. Asas ini akan membantu membentuk persepsi kepada pendengar khususnya apabila para sukarelawan perlu menghadapi kelompok sasaran yang besar dan dari persepsi ini secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan diri mereka.

Pemilihan tempat di Hutlista 2, Ulu Yam satu pilihan tempat yang menarik untuk kelompok seperti mereka. Kami doakan agar segala usaha yang dijalankan akan mendapat keberkatan dan ilmu yang dikongsikan akan dapat dimanfaatkan.



Catatan Popular