BICARA MOTIVASI ATAS TALIAN


IQ CLASS MANAGEMENT mempersembahkan, BICARA MOTIVASI BERSAMA BRO KAMZ. Tawaran motivasi secara atas talian yang akan dikendalikan oleh Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini, Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management sendiri. Tawaran ini terbuka kepada para ibu bapa, penjaga, staf, kakitangan pejabat, pekerja serta mahasiswa mahasiswi di IPT bagi sama-sama berusaha mengembalikan serta mengekalkan momentum motivasi dalam diri secara atas talian.

BICARA MOTIVASI ini akan menjadikan aplikasi Google Meet dan Zoom sebagai medium penyampaian yang akan memakan masa 1 jam 30 minit atau 90 minit untuk perkongsian pengalaman dan pembelajaran.

BICARA MOTIVASI ini berlangsung secara tertutup bersama individu atau kumpulan yang mahu menimba ilmu, pengalaman serta perkongsian input bersama Bro KAMZ. Tarikh dan masa ditentukan oleh individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertainya.

Tajuk-tajuk yang ditawarkan dalam BICARA MOTIVASI ini adalah seperti berikut;

  1. MOTIVASI COVID-19
  2. KESAN PENGGUNAAN GAJET KEPADA PENDIDIKAN ANAK-ANAK
  3. KEKELUARGAAN I.D.E.A.L
  4. IBU BAPA SEBAGAI FAKTOR MOTIVASI KEPADA ANAK-ANAK
  5. KEIBUBAPAAN S.M.A.R.T
  6. KESAN PENGGUNAAN GAJET TERHADAP PEKERJAAN
  7. KEPIMPINAN C.H.I.E.F DI PEJABAT
  8. DISIPLIN, DEDIKASI DAN DETERMINASI MENINGKATKAN PRESTASI
  9. BELAJAR S.M.A.R.T DI IPT
  10. KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA DI IPT
  11. PERSIAPAN DAN PERANCANGAN KERJAYA
  12. KESAN PENGGUNAAN GAJET KEPADA PERKEMBANGAN DIRI MAHASISWA
  13. PENGURUSAN TEKANAN
Setiap sesi akan berlangsung dalam 90 minit dengan 50 minit pertama pembentangan tajuk dan diakhiri dengan 40 minit terakhir dengan sesi perbincangan dan soal jawab. Permintaan tajuk baru juga dialu-alukan dan semua tajuk yang dibincangkan akan disertakan dengan nota untuk rujukan.

Untuk pertanyaan dan perbincangan, sila whatsapp nama dan umur ke 018-328 7587. Yuran per sesi bermula dari RM20.00.

Ulasan

Catatan Popular