GROWTH MINDSET: PKP BUKAN ALASAN



Sesi dijalankan secara atas talian bersama rakan-rakan junior ABIM Daerah Kuala Selangor. Tajuk perbincangan yang baik untuk disoroti dan diketengahkan kepada masyarakat umum khususnya dari sudut untuk memberikan motivasi dan bimbingan bagaimana untuk menelusuri kehidupan dengan cabaran serba baru dan amat menguji kesabaran. Berlangsung selama lebih satu jam tiga puluh minit dengan perkongsian padat bermula dari  penerangan mengenai apa yang dikatakan sebagai MINDSET dan apakah bentuknya yang wujud semasa ini.

Rujukan yang digunakan adalah dari buku 'Change Your Mindset Change Your Life' karangan Dr. Carol S. Dweck difikirkan amat sinonim untuk diperbincangkan dan dijadikan sumber inspirasi mendepani perubahan zaman ini. Antara isi penting yang digarap dari perbincangan ini adalah bagaimana pemikiran yang mengubah sikap ini mestilah pemikiran yang berkembang (Growth Mindset) yang berupaya menjadikan kita ini insan yang mendengar, menghargai dan membina.

Insan yang mendengar merujuk kepada keupayaan untuk menerima pandangan, teguran bahkan nasihat dalam kehidupan. Menolak itu semua akan menatijahkan akibat yang dikhuatiri menyakitkan masa hadapan kita kerana ada mesej-mesej penting yang tidak sampai kepada kita hanya kerana kita menafikan ruang itu. Hargai kehidupan yang ada ini. Jika kita telah hidup selama empat puluh tahun, maka pandemik selama dua tahun ini tidak sepatutnya menjejaskan kehidupan tetapi sepatutnya menjadi insan yang lebih menghargai kerana telah berkesempatan hidup aman dengan pelbagai baik dan buruknnya selama 38 tahun sebelum ini. Inilah masanya buat kita membina diri, membina keluarga, membina hubungan silaturrahim, membina jambatan perhubungan yang runtuh, membina pemikiran dan banyak lagi yang harus kita bina dan kita sedang diberikan kesempatan itu. Garaplah!

Ikuti ulangannya di FB Page ABIM Daerah Kuala Selangor.

Anda berminat untuk mengikuti perbincangan ini bersama Perunding Utama Latihan dan Motivasi kami? Hubungi kami sekarang!

Catatan Popular