RUMAH PUTERI ARAFIAH


3 September 2020, Shah Alam - 'Allah Masih Sayangkan Kita' mesej yang disampaikan oleh Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management dalam satu sesi program bersama remaja perempuan Rumah Puteri Arafiah di Shah Alam minggu lalu. Mesej dengan harapan dapat menghidupkan motivasi dalam diri mereka untuk terus istiqamah melakukan perubahan serta memberikan tumpuan kepada pemulihan dari sebarang kesalahan sikap berdasarkan kepada percambahan ilmu dan pengalaman.

Dua isi kandungan utama yang ditekankan oleh beliau bermula dengan isu lesbian atau secara umumnya LGBT dan pada sesi penutup penghuni dikhabarkan pula mengenai ancaman pedofilia yang sentiasa ingin menjadikan mereka sebagai sasaran dan mangsa kerana kenaifan seorang remaja atau kanak-kanak. Kami telah menerima undangan dari salah seorang penceramah terkenal dalam bidang ini, Bro NorFirdaus Norzaini. Terima kasih atas kepercayaan ini dan semoga usaha menyelamatkan Mariah generasi anak-anak ini terus mendapat sokongan dari pelbagai pihak.

Catatan Popular