ISTIQAMAH, CAKAP BAIK-BAIK, FIKIR BAIK-BAIK, BUAT BAIK-BAIK


6 September 2020, Shah Alam - Terima kasih ABIM Ampang atas undangan Perunding Utama Latihan Dan Motivasi menyampaikan kuliah subuh dalam program yang dianjurkan pada hari Ahad yang lalu. Beliau menggambarkan bagaimana Baginda Rasul sallahllahu'alaihiwasallam berkhalwat di Gua Thur memikirkan kebejatan yang berlaku dikalangan umatnya waktu itu. Pemilihan hujung minggu, dikala waktu orang lain duduk berehat bersama keluarga, para peserta memilih untuk berhimpun dan merencana pelbagai agenda memenuhi tanggungjawab dakwah kepada umat.

Beliau turut sempat berkongsi idea dan rasa dalam menghidupkan nilai keistiqmahan setiap mereka yang terlibat. Sesungguhnya, melakukan kebaikan itu tidak mudah, tetapi yang dijanjikan akhirnya amat manis sekali. Terima kasih kepada warga penggerak dan pimpinan ABIM Ampang atas penghormatan ini dan semoga kalian akan istiqamah meneruskan perjuangan demi mengangkat kalimah tauhid ke dalam masyarakat.

Catatan Popular