MOTIVASI S.M.A.R.T.@WORK IQ CLASS MANAGEMENT

Motivasi S.M.A.R.T.@Work IQ Class Management merupakan modul peningkatan motivasi kendiri untuk kakitangan syarikat swasta, jabatan atau agensi kerajaan. Ia akan dapat membantu para pengurus, ketua jabatan atau agensi untuk meningkatkan tahap komitmen kakitangan mereka ke tahap yang memuaskan atau yang lebih baik. Modul ini berlandaskan kepada teori Motivasi S.M.A.R.T. yang telah dibangunkan oleh IQ Class Management sejak tahun 2008 lagi. Modul ini akan memberikan 5 fokus utama bermula dari pembentukan dan pengukuhan matlamat dalam pengurusan strategi peribadi. Peserta akan dibantu untuk menetapkan semula matlamat pekerjaan mereka pada masa yang sama akan cuba untuk diselarikan bersama matlamat peribadi kehidupan mereka.

Susulan dari itu, peserta juga akan dibimbing untuk mengekalkan motivasi di dalam diri mereka agar konsisten dalam keberhasilan kerja. Keberhasilan kerja yang konsisten harus selari dengan kehendak majikan pada masa yang sama sentiasa memanfaatkan persekitaran mereka untuk kekal bermotivasi serta berfikiran positif. Peribadi yang yang berfikiran positif serta konsisten adalah mereka yang di dalam diri mempunyai disiplin, determinasi dan dedikasi terhadap pekerjaan mereka. Sikap ini timbul adalah disebabkan dorongan matlamat yang jelas serta mempunyai nilai kebertanggungjawaban tinggi terhadap pekerjaan mereka.

Fokus terakhir di dalam modul ini adalah dalam bab pengurusan masa. Terakhir bukan bermakna tidak penting sebaliknya, pengurusan masa merupakan suatu amanah yang ditinggalkan oleh banyak kakitangan. Kegagalan meletakkan nilai sebenar kepada masa menyebabkan mereka lupa akan matlamat besar kehidupan mereka, bukan sekadar terhadap pekerjaan mereka. Maka, modul ini akan menjelaskan serta memberikan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan masa dan bagaimana masa mampu membawa pelbagai kebaikan sekiranya ia benar-benar dimanfaatkan untuk kebaikan mereka yang bersama kita.

Secara kesimpulannya, modul ini berharap akan dapat melahirkan kakitangan yang lebih berkesan, berdaya saing serta mempunyai pelbagai kesedaran mengenai peranan mereka yang pelbagai dalam menjayakan hala tuju organisasi masing-masing. Kami juga amat berharap, selepas mengikuti modul ini, kami akan dapat memberikan mesej positif kepada seluruh warga kerja di luar sana bahawa, yang berupaya mengubah suasana kerja mereka bukan semata-mata majikan, bahkan yang lebih utama adalah perubahan sikap diri kerana kita mustahil akan mampu mengubah persekitaran kita tetapi tidak mustahil untuk mengubah diri sendiri. Berjaya mengubah diri, maka kita akan berjaya mengubah dunia yang ada hampir dengan diri kita.

SASARAN
Kakitangan, staf atau pekerja syarikat swasta dan jabatan kerajaan.

BILANGAN SASARAN
Tidak kurang dari 25 orang per kumpulan

JANGKA MASA
2 hari tidak bermalam (9.00 pagi hingga 5.00 petang, selama 2 hari)

PELAKSANAAN
Latihan dalam pejabat - In-House training

PENDEKATAN
Aktiviti 50%, Bengkel 30%, Ceramah 20%

BAHASA PENGANTAR
Bahasa Melayu

PERKHIDMATAN SEBELUM KURSUS (PRA KURSUS)
  1. Borang Kajiselidik Sikap Terhadap Pekerjaan - 2 minggu sebelum kursus
  2. Borang Pra Kursus - sehari sebelum kursus

PERKHIDMATAN SELEPAS KURSUS (PASCA KURSUS)
  1. Laporan Dapatan Kajiselidik Sikap Terhadap Pekerjaan - 2 minggu selepas kursus
  2. Borang Pasca Kursus - hari tamat kursus
  3. Borang Penilaian Kursus - hari tamat kursus
  4. Laporan Pra dan Pasca Kursus - 2 minggu selepas kursus
  5. Cadangan Tindakan Susulan Untuk Majikan 4 minggu selepas kursus
  6. Tawaran kursus secara webinar untuk kakitangan yang pernah terlibat di dalam modul ini.

Catatan Popular