KURSUS MOTIVASI S.M.A.R.T.@SCHOOL IQ CLASS MANAGEMENT

Kursus Motivasi S.M.A.R.T.@School atau sebelumnya juga dikenali sebagai Kursus Motivasi Belajar S.M.A.R.T telah diperkenalkan sejak tahun 2012 yang mana ia merupakan salah satu modul motivasi sekolah rendah dan menengah syarikat kami. Kursus ini disusun bermatlamatkan pembinaan sahsiah kecemerlangan diri, motivasi dalaman serta perkongsian cara terbaik untuk membina kejayaan bagi murid dan pelajar di kedua-dua peringkat sekolah.

Melalui pengalaman kami menganjurkan pelbagai kursus untuk sasaran yang sama setiap tahun, ia memberikan kami ruang yang luas untuk sentiasa menambahbaik modul yang sedia ada dan menyediakan pelbagai alternatif dan nasihat-nasihat yang sesuai dengan keperluan bimbingan dan pendidikan di sekolah. Semoga dengan terlaksananya modul ini di sekolah, akan membuka ruang kami untuk lebih banyak berkongsi pengalaman bersama guru-guru di sekolah.


OBJEKTIF
Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;
  1. Mengetahui teori motivasi S.M.A.R.T yang merangkumi 5 aspek;
    • Menyusun strategi kecemerlangan;
    • Mengukuhkan fokus pencapaian;
    • Membina sikap positif terhadap keupayaan diri;
    • Meningkatkan nilai kebertanggungjawaban terhadap diri serta;
    • Menguruskan masa dengan berkesan.
  2. Mengetahui teknik belajar 3R iaitu 'read', 'record' dan 'repeat'.

BUTIRAN PELAKSANAAN
Program ini dilaksana berdasarkan butiran berikut;
  1. Sasaran: Pelajar tahun peperiksaan utama sama ada PT3, SPM atau STPM.
  2. Jangkamasa: 3 hari 2 malam
  3. Tarikh: Tertakluk kepada perbincangan.
  4. Tempat: Tertakluk kepada perbincangan.

MODUS OPERANDI
  1. Taklimat
    • Peserta akan diperkenalkan dengan pengendali kursus dan diingatkan mengenai budaya, amalan serta peraturan sepanjang kursus berlangsung. Peserta juga diberi peluang untuk berinteraksi bersama fasilitator dalam bentuk komunikasi dua hala.
  2. Latihan Dalam Kumpulan
    • Peserta akan berpeluang bertukar pengalaman bersama fasilitator FaDelaT kami. Latihan dalam kumpulan atau LDK adalah aktiviti yang dijalankan dalam kumpulan kecil bersama seorang fasilitator bagi menyampaikan objektif kursus melalui aktiviti bersama dan perbincangan yang terpandu.
  3. Permainan Bermodul
    • Permainan yang disusun bagi menguji tahap pemahaman peserta terhadap sebahagian isi kandungan kursus serta meningkatkan daya persaingan dalam mengejar kejayaan. Permainan bermodul dilaksana dalam bentuk umum atau kumpulan besar yang diketuai oleh jurulatih atau ketua fasilitator.
  4. Ceramah Interaktif
    • Ceramah yang mengutamakan komunikasi 2 hala bagi memastikan penyampaian ceramah berkesan dan dapat difahami dengan baik. Sesi ini akan disampaikan oleh FaDelaT Team of Trainers kami dengan tajuk yang disediakan bersesuaian dengan modul kursus yang sedang dijalankan.

Catatan Popular