CERAMAH ASAS FASILITATOR


Jom anjurkan sesi ceramah ASAS FASILITATOR disekolah anda. Satu pengenalan yang baik akan disampaikan oleh fasilitator berpengalaman yang juga Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami. Ceramah pengenalan kemahiran ini sangat baik kepada pelajar-pelajar yang terlibat sebagai PRS atau organisasi kepimpinan sekolah menengah dan lebih sesuai untuk pendedahan kepada pelajar-pelajar PRA-U. Jangan lepaskan peluang dan anjurkannya di sekolah anda sekarang!

Ceramah berdurasi: 120 minit atau 2 jam
Sasaran cadangan: Pelajar sekolah menengah yang terlibat sebagai kepimpinan utama dan PRS sekolah.

Pengisian Ceramah:
  • Bahagian 1 - Pengenalan
    1. Pelajar akan difahamkan mengenai fasilitator.
    2. Pelajar akan diperbaiki kefahaman mereka mengenai peranan fasilitator.
    3. Pelajar akan ditanamkan minat untuk menyumbang melalui teori R.E.L.A..
  • Bahagian 2 - Asas Fasilitator
    1. Pelajar akan didedahkan konsep ABCDE Fasilitator.
    2. Pelajar diingatkan mengenai keutamaan Akhlak dalam perhubungan.
    3. Pelajar akan difahamkan mengenai budaya yang perlu di ada dikalangan fasilitator yang baik.
    4. Pelajar akan dibimbing membina ciri mampan seorang fasilitator yang baik.
    5. Pelajar akan diperkenalkan dengan disiplin seorang fasilitator yang baik.
    6. Pelajar juga akan diingatkan mengenai etika sebagai seorang fasilitator.
  • Bahagian 3 - Aplikasi
    1. Perbincangan Kumpulan

Ulasan

Catatan Popular