SK (2) JALAN MERU KLANG

Antara pesanan penting penceramah adalah supaya pelajar tahun 4 dapat mempelajari sesuatu yang baik dari pelajar tahun 5 dan 6, manakala tahun 5, bersiap diri untuk menggantikan tahun 6 manakala tahun 6 harus menunjukkan contoh dan tauladan yang terbaik untuk adik-adik mereka. Ceramah modul KeMuda A menyentuh tajuk kepimpinan muda harus BIJAK yang mengandungi sifat berani, ikhlas, jauhi kesalahan, ambil tahu dan kekemasan diri. Bagi modul KeMuda B pula peserta didedahkan dengan KPT iaitu bagaimana untuk menjadi ketua, rakan yang patuh kepada arahan dan menjadi teladan kepada rakan-rakan di sekolah.