CERAMAH BELAJAR CARA BELAJAR BERKESAN
Murid sering tidak dapat menjawab peperiksaan dengan baik walaupun telah mengulangkaji pelajaran berjam-jam? Pembelajaran pelajar tidak dapat diingati dengan baik dan kurang pemahaman? Ya, inilah permasalahan yang sering dihadapi pelajar dipelbagai peringkat pembelajaran. Ia bukan kerana kelemahan minda mereka dan bukan kerana kurangnya masa mereka mengulangkaji semata-mata, tetapi ia berkait rapat dengan bagaimana dengan cara belajar mereka. Melalui perkongsian dalam ceramah Belajar Cara Belajar Berkesan kami akan kongsikan beberapa tips bagi membantu mereka untuk lebih jelas dalam melalui hari-hari persekolahan mereka. Ceramah ini bukan hanya tertumpu kepada teknik, tetapi membantu murid untuk mendapatkan sebab yang menjadi faktor motivasi utama buat diri mereka.
Ceramah berdurasi: 120 minit atau 2 jam
Sasaran Cadangan: Murid Sekolah Rendah (tahun 4, 5 dan 6)
Pengisian Ceramah:
- Bahagian 1 - Pengenalan
- Murid diingatkan sebab mereka hadir ke sekolah.
- Murid akan mengetahui apa yang perlu untuk belajar.
- Murid akan mempelajari bagaimana untuk memberikan tumpuan semasa guru mengajar.
- Bahagian 2 - Belajar Cara Belajar Berkesan
- Murid akan mengetahui 3 perkara dalam cara belajar berkesan iaitu sebelum, semasa dan selepas.
- Murid akan diingatkan dengan 2 perkara utama sebelum belajar.
- Murid akan dibimbing memahami tindakan semasa dan selepas belajar.
- Murid akan diperkenalkan dengan teknik 3R, teknik membaca serta teknik menyediakan nota.
- Bahagian 3 - Aplikasi
- Teknik Umum Mengambil Nota
- Teknik Umum Membuat Nota