BERSAMA 'TA'ARUF WEEK COMMITTEE IIUM'
27 Ogos 2012, Gombak - IQ Class Management yang diketuai oleh Perunding Utama Latihan Dan Motivasi Encik Kamarul Azami telah menerima jemputan dari rakan perunding Sedayu Event Management untuk melaksana satu aktiviti utama dalam Induksi Jawatankuasa Minggu Ta'aruf UIAM di CAC UIAM semalam.
Aktiviti menekankan konsep Ta'aruf, Tafahum, Ta'awun serta Takaful juga beberapa konsep pembentukan kumpulan, keperibadian berkepimpinan serta kerja berpasukan. Tidak lupa juga, peserta diingatkan tentang amanah dan waktu yang diberikan Allah s.w.t. untuk melakukan kerja dengan baik dan memperbaiki budaya pengurusan masa mereka.
Aktiviti yang dimulakan hanya selepas jam 12.00 tengahari ditamatkan pada jam 1.30 petang. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur atas pengalaman yang berharga ini dan mudah-mudahan Allah s.w.t. akan menambah ini sebagai satu kebajikan di dalam kehidupan kita di dunia dan di akhirat.