YANG TERBAIK DIKALANGAN YANG TERBAIK

Penglibatan kami sebagai perunding secara profesional telah banyak memberikan ruang dan peluang dalam memahami, mendalami serta mempelajari selok-belok kehidupan yang pelbagai. Penglibatan ini juga menjadi medan utama bagi kami bermuhasabah dan mengenang segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kita sebagai manusia.

Alhamdulillah, 2018, IQ Class Management telah diizinkan Allah s.w.t. kekal dipersada dunia latihan dan motivasi ini untuk terus menyumbang idea, semangat, pengalaman, bimbingan dan tunjuk ajar kepada dunia khususnya Malaysia tentang bagaimana untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Kami amat berharap, tahun 2019 akan datang akan terus terbuka ruang untuk kami berbakti dan menyumbang kemahiran yang ada buat umat. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud:

Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah Ali-Imran; ayat 110)

Memang tidak syak lagi. Memang kami percaya dan amat yakin, kita adalah yang terbaik. Namun apa yang menjadi hasrat kami ialah untuk melahirkan masyarakat yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Nah, inilah perjuangan kami dan inilah matlamat kami setiap kali berhadapan dengan peserta-peserta dalam setiap program latihan kami.

IQ Class Management telah bertapak dalam bidang latihan bermula di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan telah mula disedari dan dikenali kehadiran kami khususnya diperingkat pentadbiran di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah. Bermula pada tahun 2006, kami melangkah maju tanpa mahu menoleh ke belakang dan mengharapkan, pada tahun 2019 ini, dengan segala pengalaman yang telah dikumpulkan bersama lebih dari 1,000 program-program latihan, motivasi dan pembangunan, juga lebih dari 3,000 ceramah untuk pelbagai peringkat bermula dari sekolah peringkat rendah sehinggalah kepada kakitangan kerajaan dan swasta, kami yakin dan percaya bahawa kami juga adalah; YANG TERBAIK DARI KALANGAN YANG TERBAIK.

Catatan Popular