MODUL PRIMA BERSAMA SMK BANDAR BANTING

12 September 2014, Morib Selangor - IQ Class Management bersama MORT Resources telah dengan jayanya menganjurkan Program Motivasi Diri dan Akhlak Unggul (PrIMA) di Kem El-Azzhar selama 2 hari 1 malam. Peserta terdiri daripada 80 orang peserta yang berlatarbelakangkan pelajar dari keluarga asnaf zakat Lembaga Zakat Selangor. Program yang diketuai oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management itu berlangsung dengan jayanya dan dapat disampaikan isi kandungan program dengan baik.


Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada MORT Resources yang secara berterusan memberikan kepercayaan dan kerjasama yang erat kepada kami. Juga tidak dilupakan kepada pihak sekolah. Semoga segala usaha yang dijalankan diberkati Allah s.w.t.

Follow by Email

BERSAMA KAMI