SK SUNGAI SERDANG: MAJLIS MOHON RESTU

28 Ogos 2014, Klang Selangor - Ibu bapa berdebar apabila anak-anak akan masuk ke dewan peperiksaan, tetapi anak-anak seakan-akan tidak ada perasaan untuk itu. Itulah hakikat perjalanan kehidupan anak-anak dan peperiksaan mereka. Si ibu risau, si ayah memerah keringat. Apakan daya usaha dan doa dipanjatkan, hanya menunggu hari peperiksaan dilangsungkan.


Begitulah antara isi kandungan kata-kata Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management di Majlis Mohon Restu pelajar UPSR SK Sungai Serdang malam semalam (28 Ogos 2014). Majlis mohon restu ini bukanlah penamat usaha, bukanlah penamat doa, bukan juga permulaan permintaan, tetapi ia harus menjadi tawakal berterusan untuk melihat kejayaan anak-anak bukan hanya dalam peperiksaan, yang lebih utama dalam kehidupan.

Follow by Email

BERSAMA KAMI