SK PUTERI PANDAN 1

27 Jun 2014, Kuala Lumpur - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, telah dipelawa untuk memberikan ceramah beliau kepada pelajar-pelajar tahun 6 dari SK Puteri Pandan 1 pada 27 Jun yang lalu selam 1 jam 30 minit bermula pada jam 8.00 malam. Menariknya, ceramah tersebut disampaikan di Muzium Telekom Kuala Lumpur bagi memenuhi aktiviti yang disusun bersama pihak muzium tersebut di sana selama 2 hari 1 malam.

Ceramah yang disampaikan bertajuk Belajar Cara Belajar Berkesan yang secara langsung memberikan beberapa pendedahan kepada pelajar mengenai bagaimana mereka dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran mereka dengan beberapa teknik yang menarik dan berkesan. Semoga usaha dan apa yang direncanakan pihak sekolah berjalan lancar dan memberikan kesan positif kepada pelajar-pelajar.

Catatan Popular