SAM TANJONG KARANG KALI KE 3

16 Julai 2014, Tanjong Karang Selangor - Ini merupakan siri terakhir IQ Class Management bersama kepimpinan harapan SAM Tanjong Karang untuk bengkel bersiri ini. Pada Minggu yang lepas peserta telah membentangkan topik kepimpinan dan pada minggu ini, topik yang diberikan adalah organisasi. Pembentangan amat memberangsangkan dan peserta berkesempatan mendengar pesanan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management mengenai.pengalaman dan beberapa teori organisasi cemerlang seperti 4KA dan sebagainya.

Bengkel terakhir ini tamat dengan pembentukan sebuah organisasi untuk melaksana satu program bersifat khidmat masyarakat bersama warga tua disekitar Tanjong Karang. Semoga mereka berjaya mengaplikasikan segala teori kepimpinan dan organisasi di dalam projek ini.

Catatan Popular