BENGKEL MENYEMAI MINAT BELAJAR

10 Julai 2014, Subang Jaya Selangor - IQ Class Management telah bertandang ke SK USJ 2 buat kali kedua dalam tempoh 2 bulan dengan misi kali ini untuk berbengkel bersama pelajar-pelajar tahun 6 SK USJ 2 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Sesi berjalan lancar dengan aktiviti dan ceramah diselang-selikan bagi memastikan perhatian peserta dapat diberikan sepenuhnya sepanjang bengkel dilangsungkan.

Bengkel ini memberi fokus kepada beberapa kemahiran ringkas belajar serta sedikit suntikan motivasi ke dalam diri peserta agar secara konsisten berusaha meningkatkan pencapaian mereka khususnya di dalam peperiksaan UPSR akan datang.

Catatan Popular