BENGKEL ASAS KEPIMPINAN SAM TANJONG KARANG

2 Julai 2014, Tanjong Karang Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management dengan kerjasama ABIM Daerah Kuala Selangor dan PEPIAS Kuala Selangor telah menerima dan memenuhi undangan bimbingan bengkel asas kepimpinan bersama kepimpinan pengawas tingkatan 4, SAM Tanjong Karang dalam 3 kali pertemuan dalam bulan Ramadhan.

Sesi bermula jam 9.30 malam selepas selesai solat terawih dan tamat pada jam 11.00 malam dengan moreh. Sesi pertama ini menjurus kepada perkara ta'aruf dan penumpuan minda pemimpin terhadap bengkel-bengkel yang seterusnya. Ia adalah sebagai persiapan bagi pemimpin ini menjelang tahun 2015 yang akan datang. Modul bengkel ini dibangunkan bagi memberi maklumbalas terhadap pemimpin pelajar 2014 mengenai kepimpinan sekolah 2015.

Catatan Popular