MESSAGE DI SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

21 April 2014, Kota Damansara Selangor - "Menjadi pelajar cemerlang bukan satu permintaan ibu bapa kepada kita tetapi adalah satu keperluan untuk kita. Untuk cemerlang bukan hanya satu-satu perkara tetapi pada setiap perkara," demikian antara pesanan Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management kepada 80 orang peserta dari SK Seksyen 11 Kota Damansara yang dikumpulkan bagi menambah motivasi dan melakukan perubahan sikap dalam bengkel Menuju Sahsiah Gemilang atau MeSsaGe.

Bengkel berlangsung bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang dengan antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah motivasi, perubahan sikap dan permainan. Peserta menunjukkan komitmen walaupun ada diantara mereka yang nampak tidak bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tetapi mereka mula memberikan komitmen apabila bentuk pembelajaran itu diubah dan dimasukkan elemen permainan dan aktiviti yang menyeronokkan.

Catatan Popular