USAHAWAN SEBAGAI KERJAYA PILIHAN

7 April 2014, Kuala Selangor Selangor - "Saya sendiri telah bekerja sendiri, berusaha cari makan sendiri sejak tujuh tahun yang lalu," begitulah antara kenyataan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami dalam menyampaikan ceramah bertajuk Usahawan Sebagai Kerjaya Pilihan dalam kursus yang dianjurkan oleh PKNS melalui ICK2U kepada lebih kurang 100 orang pelajar sekolah menengah sekitar negeri Selangor.

Kursus yang dikenali sebagai Kem Tunas Niaga ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dengan diisi dengan pelbagai pendekatan dan pengisian program yang cuba mendekatkan peserta kepada perniagaan. Antara isi kandungan ceramah yang disampaikan adalah cabaran sebagai seorang usahawan, kenapa anda perlu menjadi usahawan dan bagaimana anda boleh berjaya sebagai seorang usahawan.

Catatan Popular