MODUL PARENT DI MASJID DARUL IMAN PARIT SERONG

20 April 2014, Kuala Selangor Selangor - "Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak lihat dan tiru kehidupan, jadi ibu bapa harus perbaiki kehiduoan dan elakkan dari melakukan sesuatu yang salah di sisi Allah s.w.t.," demikian antara pesanan Encik Kamarul Azami selaku Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management dalam satu siri ceramah beliau bertajuk Ibu Bapa Sebagai Faktor Motivasi di Masjid Darul Iman, Parit Serong. Ceramah disampaikan sempena Mini Karnival Gaya Hidup Sihat yang dianjurkan oleh ABIM dan Perangsang Selangor.

Beliau memberikan ceramahnya melalui slot Keluarga Mawaddah wa Rahmah selama 1 jam. Ceramah yang mensasarkan golongan ibu ayah penduduk kariah masjid ini alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan. Semoga ABIM dapat terus mengekalkan usaha dakwahnya dan memberikan lebih banyak pendidikan dan peringatan kepada masyarakat khususnya di Kuala Selangor.

Catatan Popular