KEMUDA DI SK KELANA JAYA 2

19 April 2014, Petaling Jaya Selangor - IQ Class Management kembali dijemput oleh pihak SK Kelana Jaya 2 untuk menjalankan Bengkel Asas Kepimpinan Muda pada 19 April bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Peserta dihidangkan dengan konsep kepimpinan BIJAK iaitu berani, ikhlas, jauhi keburukan dan kesalahan, ambil tahu dan kekemasan diri. Peserta berkesempatan melakukan aktiviti seperti pembinaan kumpulan, pembentangan logo dan sorakan, school race dan super model.

Aktiviti berjalan lancar dan kami mendoakan agar peserta berjaya membentuk kumpulan mereka dan diri mereka sebagai pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang. Tahniah kami ucapkan kepada sekolah dan sekalung penghargaan kami ucapkan kerana terus memberikan kepercayaan kepada kami untuk membina kepimpinan di SK Kelana Jaya 2.

Catatan Popular