CERAMAH KEPIMPINAN MUDA DI SK TAMAN PUTERI

19 April 2014, Hulu Langat Selangor - Perunding Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Johari telah dijemput menyampaikan ceramah kepimoinan di SK Taman Puteri pada jam 8.00 pagi 19 April 2014. Ceramah dimulakan dengan syarat memberikan tumpuan dan topik perbincangan tertumpu kepada topik pemimpin muda yang bijak.

Bijak merujuk kepada 5 ciri peribadi pemimpin muda iaitu berani, ikhlas, jauhi kesalahan, ambil tahu dan kekemasan diri. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak SK Taman Puteri yang terus memberikan kepercayaan kepada kami dalam mengisi dan memberikan sumbangan kepada pelajar-pelajar SK Taman Puteri.

Catatan Popular