INSPIRE UIAM

23 Mac 2014, Hulu Langat Selangor -  "Bagi saya, fasilitator adalah salah satu bahagian dalam kerja dakwah, maka secara tak langsung semua konsep fasilitator IQ Class Management saya bangunkan selari dengan konsep dakwah dan pastinya saya katakan, fasilitator adalah daei," kata Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami dalam satu sesi ceramah bersama pelajar UIA dari Kelab Inspire di Sungai Congkak.

Ceramah yang bertajuk, 'Fasilitator Sebagai Dai' telah disampaikan dengan mesej utama beliau merujuk kepada 3 asas penting iaitu ABC. Akhlak sebagai fasilitator, budaya seorang fasilitator serta, ciri-ciri seorang fasilitator. Ungkapan ini menjadi teras perbincangan dalam mana-mana kursus bimbingan fasilitator kerana adalah menjadi keutamaan IQ Class Management untuk melahirkan fasilitator yang memenuhi kriteria insan dalam keseluruhan hidupnya bukan hanya sebagai fasilitator.

Catatan Popular