SK TUN HUSSEIN ONN

27 Januari 2014, Kg Pandan Kuala Lumpur - Disiplinkan bermula dengan mendisiplinkan diri sendiri. Begitulah antara pesanan perunding dan penceramah utama IQ Class Management ketika memenuhi jemputan ceramah di SK Tun Hussein Onn. Ceramah yang disampaikan selama 1 jam bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Ceramah bertajuk Anak-anak Dan Peperiksaan merupakan antara modul ceramah keibubapaan yang dibangunkan oleh IQ Class Management sendiri.

Modul yang berasaskan konsep Ibu Bapa I.D.E.A.L mengetengahkan 5 peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk cemerlang di dalam peperiksaan. Ia merangkumi soal pembentukan impian anak-anak, mendisiplinkan anak, mengeksplorasi keupayaan anak serta disusuli dengan peranan mengajar dan melatih anak-anak. Semoga usaha yang dilakukan ini diberkati Allah s.w.t.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI