BELAJAR CARA BELAJAR BERKESAN

12 Februari 2014, Kota Damansara Selangor - IQ Class Management diwakili oleh penceramah dan perunding utamanya, Encik Kamarul Azami telah diundang bagi bersama menjayakan Program Maju Diri pelajar SK Seksyen 11 Kota Damansara. Ceramah yang disampaikan selama 2 jam atas tema motivasi belajar bermula seawal jam 8.30 pagi. Pelajar pada awalnya diberikan tips memberi perhatian dan menjalankan ujian perhatian sebelum masuk kepada topik ceramah yang dipilih oleh penceramah atas tajuk Belajar Cara Belajar Berkesan.

Belajar Cara Belajar Berkesan menekankan bagaimana pelajar harus mempersiapkan diri mereka sebelum, semasa dan selepas belajar agar masa yang digunakan itu benar-benar berkesan dan mendapat pulangan yang terbaik. Ceramah diselang-selikan dengan beberapa latihan minda atau 'Brain Gym' bagi membantu peserta memberikan fokus sebaik mungkin. Sasaran peserta adalah seramai lebih dari 150 orang pelajar tahun 5 SK Seksyen 11 Kota Damansara.

Catatan Popular