TRANSFORMASI BELIA LUAR BANDAR NEGERI KELANTAN 2013

30 November 2013, Gua Musang - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah dilantik oleh KBI sebagai Perunding Latihan untuk KBI Training and Consultancy bagi melaksana program bertajuk Transformasi Belia Luar Bandar dibawah anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Program 3 hari 2 malam yang mensasarkan seramai 200 orang belia luar bandar yang terpilih untuk dibantu menetapkan halatuju kehidupan mereka dari menganggur kepada belajar, bekerja atau berniaga.


4 Perunding yang dilantik termasuk En Kamarul Azami mewakili IQ Class Management dan program pertama adalah di negeri Kelantan Darul Naim bersama KESEDAR. Program bermula pada 28 November dan tamat pada 30 November 2013 di Kem PLKN Etnobotani Gua Musang Kelantan. Seramai lebih kurang 190 orang peserta yang hadir yang mana mereka dibimbing melalui ujian Holland, analisa SWOT dan berakhir dengan pertemuan agensi berdasarkan pilihan mereka sama ada belajar, bekerja atau berniaga. Perunding Utama IQ Class Management ke Kelantan bersama En Megat Azlan (KBI), En Fuad (Focus Training) dan En Zawawi (BUDI Training).

Follow by Email

BERSAMA KAMI