SK TAMAN BUNGA RAYA 2

11 Januari 2014, Rawang - Perjalanan berdepan dengan sedikit halangan apabila pihak penganjur, SK Taman Bunga Raya 2, dengan penuh komitmen menghantar bantuan kepada Perunding Utama IQ Class Management kerana mengalami kerosakan kenderaan dalam perjalanannya ke SK Taman Bunga Raya 2. Ceramah yang dijadualkan bermula jam 9.00 pagi sedikit terlewat sehingga jam 9.30 pagi dengan didahului dengan ucapan oleh tuan Guru Besar dan pengerusi PIBG sekolah.

Ceramah bertajuk Anak-anak dan Peperiksaan; Persiapan Ibu Bapa disampaikan dengan sempurna oleh Encik Kamarul kepada ibu bapa dan anak-anak seramai lebih 200 orang. Kehadiran amat memberangsangkan. Antara pesanan penting beliau adalah mengharapkan ibu bapa menanam semangat jitu untuk melakukan perubahan demi melihat kejayaan anak-anak mereka dihadapan mata mereka.

Kami di IQ Class Management mendoakan semoga pencapaian cemerlang 2014 menjadi milik pelajar-pelajar SK Taman Bunga Raya 2. Ia harus hadir dengan tidak melupakan formula DOA dan DHA oleh perunding utama IQ Class Management.

Catatan Popular