SK PADANG TEMBAK 2; MEMBINA HALA TUJU PELAJAR

9 Oktober 2013, Kuala Lumpur - Langkah awal telah dilakukan oleh pihak SK Padang Tembak 2 apabila menganjurkan Bengkel Membina Halatuju Diri Pelajar untuk pelajar-pelajar tahun 3, 4 dan 5 mereka. IQ Class Management, diketuai oleh Perunding Latihan Encik Johari telah menjalankan aktiviti bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang.


Aktiviti merangkumi perkara berkenaan motivasi diri pelajar, kepentingan belajar serta keutamaan dalam menentukan cita-cita masa hadapan. Peserta juga diingatkan dengan beberapa peringatan penting mengenai amanah dan tanggungjawab mereka kepada kehidupan mereka dan orang-orang yang berada di persekitaran mereka khususnya ibu ayah, guru dan rakan-rakan mereka. Kejayaan bukan hanya dengan terkumpul banyaknya A, tetapi juga bagaimana hubungan mereka dengan persekitarannya.

Catatan Popular