SELANGKAH KE ALAM REMAJA DI CONVENT SENTUL 1

18 Oktober 2013, Kuala Lumpur - IQ Class Management kali ini diwakili Perunding Utama Encik Kamarul Azami sebagai penceramah untuk ceramah bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja kepada pelajar-pelajar tahun 6 SK Convent Sentul 1, pertemuan kedua dalam tahun 2013. Ceramah ini menekankan tentang beberapa persiapan diri remaja sebelum mereka memasuki alam sekolah menengah dan peringatan agar kehidupan mereka diwaspadai.


Ceramah berlangsung lebih kurang 2 jam dengan penceramah ditemani Perunding Latihan Encik Johari. Peserta juga didedahkan dengan gejala-gejala tidak sihat yang timbul dikalangan remaja dan diingatkan serta dinasihatkan untuk mengambil beberapa langkah-langkah berjaga-jaga seperti perbanyakkan masa bersama ibu bapa, bergaul dengan orang yang lebih tua dan matang pemikiran serta sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah dan sihat.

Catatan Popular