MOTIVASI KEIBUBAPAAN SK TAMAN SEGAR

25 Januari 2014, Cheras Kuala Lumpur - Perunding dan penceramah utama IQ Class Management, Encik Kamarul Azami memulakan ceramahnya di SK Taman Segar pada jam 8.30 pagi. Ceramah disampaikan kepada ibu bapa pelajar-pelajar tahun 6 sekolah tersebut. Ceramah yang memakan masa 1 jam 30 minit itu menekankan formula I.D.E.A.L dalam usaha mempersiapkan anak-anak untuk peperiksaan UPSR akan datang.

I.D.E.A.L, merupakan akronim kepada 5 tindakan penting ibu bapa bermula dengan impian dalam keluarga, disiplin yang ketat, eksplorasi yang berterusan, ajari anak-anak serta latih anak-anak untuk menjadi manusia yang berjaya. Anak yang berjaya datang dari pada keluarga yang punyai ciri-ciri berjaya bermula daei mereka kecil lagi. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.

Follow by Email

BERSAMA KAMI