MOTIVASI BELAJAR TAHUN 6 SK TAMAN MALURI

25 Januari 2014, Cheras Kuala Lumpur - IQ Class Management diwakili oleh Encik Johari bersama fasilitator FaDelaT, saudara Mustafa Kamaludin telah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi belajar selama 3 jam di SK Taman Maluri pada hari Sabtu yang lalu. Sesi ceramah yang bermula seawal jam 8.30 pagi tamat pada jam 12.00 tengahari dengan pelbagai pengisian dan motivasi yang sangat bermanfaat kepada peserta.


Selama 3 jam, peserta dibawa untuk mengenali potensi diri mereka yang sebenar dan bagaimana mereka dapat memaksimakan penggunaan kelebihan mereka bagi menjadikan mereka lebih cemerlang dan kehadapan. Pada penghujung sesi ini peserta bersama perunding IQ Class Management melakukan muhasabah diri bagi mewujudkan perasaan dan kemahuan untuk terus menjadi insan dan pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak berhenti dari mengejar kejayaan dalam hidup. Tahniah SK Taman Maluri.

Catatan Popular