MODUL SMART BERSAMA PEMANDU JAIS

20 Oktober 2013, Pulau Pangkor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management dengan dibantu Puan Nor Syazwani Mohd Salleh telah memenuhi jemputan latihan oleh pihak JAIS untuk kakitangan pemandu JAIS selama 3 hari 2 malam bermula 18 Oktober sehingga 20 Oktober 2013 di Pulau Pangkor. Kursus yang diberi nama Motivasi dan Keseronokan Bekerja ini merupakan modul S.M.A.R.T@Work yang dibangunkan oleh IQ Class Management.


Peserta kursus dibimbing dan bergembira sepanjang kursus berlangsung yang mana setiap isi kandungannya disampaikan dalam bentuk permainan dan perbincangan ringkas. Antara isi utama kursus adalah kepentingan matlamat dalam pekerjaan, istiqamah dalam melakukan tugasan, sikap yang benar, rasa tanggungjawab terhadap tugasan serta pengurusan masa yang berkesan dan cekap. Kami di IQ Class Management mengharapkan agar kursus ini dapat memberikan kesan positif kepada pemandu-pemandu JAIS dan berkesan jauh di dalam lubuk hati mereka.

Follow by Email

BERSAMA KAMI