KALI KETIGA DI SK TAMAN MALURI

22 Oktober 2013, Kuala Lumpur - IQ Class Management diberikan mandat sekali lagi untuk bertemu pelajar-pelajar tahun 6 SK Taman Maluri. Misi kali ini dipikul En Kamarul Azami dan En Johari, masing-masing selaku Perunding Utama dan Perunding Latihan IQ Class Management. Objektif bengkel adalah untuk menyediakan peserta untuk menghadapi dunia remaja mereka yang akan lebih mencabar di alam persekolahan sekolah menengah.


Bengkel bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang. Aktiviti bukan sahaja ceramah, bahkan diselitkan dengan aktiviti permainan, perbincangan dan pembentangan. Semoga pelajar-pelajar mendapat banyak manfaat darinya.

Catatan Popular