JOM 3S DAN SELANGKAH KE ALAM REMAJA

13 November 2013, Petaling - Perjalanan awal pagi Perunding Utama, Encik Kamarul Azami dan tiba di SK Petaling (2) jam 8.20 pagi memenuhi jemputan sebagaimana tahun sebelumnya 2012 mengisi usaha sekolah untuk menanam minat hadir ke sekolah.


Program yang dijalankan sepanjang hari persekolahan ini merupakan program tahunan bagi menanamkan minat untuk suka ke sekolah, sayangkan sahabat dan sentiasa sihat sehingga diberikan nama JOM 3S. Inilah usaha sekolah yang patut diberikan pujian yang tidak berhenti-henti untuk mendidik dengan apa medium sekalipun.

Perunding Utama IQ Class Management juga seterusnya dijemput sebagai penceramah untuk ceramah bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja kepada pelajar-pelajar tahun 6 SK SK Petaling 2. Ceramah ini menekankan tentang beberapa persiapan diri remaja sebelum mereka memasuki alam sekolah menengah dan peringatan agar kehidupan mereka diwaspadai.

Ceramah berlangsung lebih kurang 1 jam 30 minit. Peserta juga didedahkan dengan gejala-gejala tidak sihat yang timbul dikalangan remaja dan diingatkan serta dinasihatkan untuk mengambil beberapa langkah-langkah berjaga-jaga seperti perbanyakkan masa bersama ibu bapa, bergaul dengan orang yang lebih tua dan matang pemikiran serta sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah dan sihat.

Program ini julungkali diadakan dan kami di IQ Class Management diberikan amanah untuk menjadi penyumbang idea dan nasihat dalam menjayakannya. Semoga semangat yang ada pada guru-guru ini tetap marak dan meneruskan kerja-kerja yang diredhai Allah.

Catatan Popular