PECUTAN AKHIR PMR BERSAMA JABATAN ZAKAT KEDAH

19 September 2013, Kuala Nerang - Seramai 9 orang penggerak dan diketuai oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami telah berkampung di Dusun Resort, Kuala Nerang Kedah Darul Aman bermula dari 17 September sehingga 19 September 2013 untuk Kursus Pecutan Akhir PMR 2013.


Kursus anjuran Jabatan Zakat Negeri Kedah ini merupakan julung kali diadakan dan diselenggara oleh IQ Class Management. Program yang mempertemukan lebih 190 orang peserta dari seluruh negeri Kedah dan menempatkan pelajar-pelajar tingkatan 3 dari sekolah-sekolah banuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan Maktab Mahmud.

Kursus  3 hari 2 malam ini mengetengahkan beberapa maklumat dan tips persiapan peperiksaan tanpa menyentuh apa-apa berkaitan dengan subjek mereka. Kursus ini menekankan mengenai persiapan rohani, emosi dan jasmani peserta untuk menghadapi peperiksaan ini termasuklah bagaimana untuk menangani stres peperiksaan.

Catatan Popular