MODUL S.M.A.R.T DALAM KEM GILAP MINDA ASIS

29 September 2013, Ulu Yam Gombak - IQ Class Management untuk tahun yang kedua dan kali yang kedua bagi tahun 2013 sekali lagi diberikan amanah dan kepercayaan untuk melaksana Kem Gilap Minda untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Kali ini ia berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam Gombak.


Kursus yang menempatkan 80 orang peserta ini merupakan program tahunan sekolah yang lebih dikenali sebagai ASIS. Ia merupakan satu kursus anjakan paradigma minda peserta kepada satu tahap kecemerlangan yang mana memerlukan persaingan serta usaha yang jauh lebih gigih dan berterusan. Ia adalah disebabkan oleh keadaan atau situasi perubahan kebanyakan pelajar yang mana ia amat jauh berbeza berbanding sekolah lama mereka masing-masing.

Modul S.M.A.R.T mengabungkan 5 aspek penting mencipta kejayaan bermula dengan strategi, penumpuan minda, sikap, tanggungjawab serta pengurusan masa. Modul kali ini diketuai oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi, Encik Kamarul Azami.

Catatan Popular