MOTIVASI CINTA DI SUBANG PERDANA

22 Ogos 2013, Subang Selangor - "Kejayaan adalah diri kita, kecemerlangan adalah diri kita. Diri kita adalah sikap kita, jika sikap kita kalah maka kalahlah dan jika sikap kita tidak cemerlang, maka tidak cemerlanglah." Demikian antara pesanan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management bersama sebahagian dari pelajar-pelajar tahun 6 SK Jalan U3 Subang Perdana semalam.


Ceramah yang diberi tajuk Motivasi Cinta merupakan ceramah yang menyatukan antara faktor motivasi diri dan elemen muhasabah khusus untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR. Peserta memberikan maklumbalas aktif dan positif dan pelajar-pelajar di sekolah ini menunjukkan sikap yang begitu baik sepanjang ceramah berlangsung.

Kami di IQ Class Management mengharapkan dengan sedikit sumbangan masa kami selama 2 jam ini akan mampu meninggalkan kesan kepada peserta yang mendengar sekaligus menjadikan mereka bukan sekadar berjaya bahkan berjaya dengan cemerlang. Ia harus dikembalikan kepada guru-guru yang bertungkus-lumus menyediakan ruang kepada peserta untuk terus memperbaiki diri.

 

Catatan Popular