MENGHIDUPKAN RAMADAN

1 Ogos 2013, Kuala Nerang Kedah - Program Motivasi dan Ihya' Ramadan bersama IQ Class Management telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Dusun Resort Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Zakat Kedah Darul Aman atas kepercayaan yang diberikan untuk melaksana program yang kedua dalam tahun 2013 bersama.


Selepas pengalaman yang pertama bersama pelajar PMR, program kali ini peserta adalah dari kalangan pelajar-pelajar SPM yang bersama fasilitator kami. Aktiviti lebih menjurus kepada penghayatan Ramadan bersama sedikit motivasi diri dalam usaha menjadikan Ramadan sebagai bulan yang memberikan kesan yang positif kepada minda dan jiwa pelajar.

IQ Class Management amat menghargai peluang yang diberikan dan berusaha untuk tidak akan melepaskan peluang memberikan input yang terbaik. Mudah-mudahan Allah s.w.t mengira usaha ini sebagai  satu kebajikan dan memberikan ganjaran yang setimpal untuk kita semua.


Catatan Popular