UPAYA MEMIMPIN DIRI ANTARA PUNCA KEJAYAAN DIRI

15 Jun 2013, Kuala Lumpur - Selaku, sebuah syarikat perundingan latihan yang dinamik, IQ Class Management secara berterusan melahirkan modul-modul terkini bersesuaian dengan keperluan dan permintaan pelanggan. Umpamanya Bengkel Kepimpinan dan Motivasi Belajar yang telah dianjurkan di SK Padang Tembak 2. Modul ini adalah gabungan beberapa modul terdahulu IQ Class Management seperti asas kepimpinan PKT serti Motivasi Belajar.

Perlaksanaan bengkel kali ini diketuai oleh Perunding Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Mohammad Zaki. Bengkel ini berlangsung bermula dari jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Penyertaan peserta pula adalah dari kalangan pelajar tahun 4, 5 dan 6.

Kami mendoakan agar pelajar-pelajar SK Padang Tembak 2 berjaya dalam kehidupan mereka dan guru-guru mendapat rahmat dan keberkatan atas usaha yang murni ini.


Catatan Popular