KEPENTINGAN PERGAULAN YANG SIHAT

21 Jun 2013, Gombak - IQ Class Management dengan kerjasama Koperasi Belia Islam Malaysia telah menerima jemputan ceramah bertajuk Pergaulan Yang Sihat di SMK Hillcrest untuk pelajar-pelajar moral tingkatan 3, 4 dan 5. Ceramah bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8.45 pagi.


Penceramah, Encik Kamarul Azami telah memberikan banyak input penting mengenai pergaulan yang mana ia merangkumi tentang kesihatan pada diri remaja secara peribadi mereka serta hubungan mereka dengan masyarakat khususnya ibu bapa, guru serta rakan-rakan sekitar mereka.

Pelbagai ciri yang dibentangkan termasuklah mengeluarkan kata-kata yang baik dan positif kepada orang lain dan juga kepada diri sendiri. Ceramah berjalan lancar walaupun terpaksa diambil alih perhatian oleh guru atas sebab-sebab dan kelemahan dalam usaha menyampaikan mesej kepada pelajar. Semoga usaha para guru di SMK Hillcrest dibalas dengan kebaikan hidup mereka di dunia dan di akhirat.

Catatan Popular