PEMIMPIN PERLUKAN LATIHAN BERTERUSAN

20 April 2013, Kota Damansara - Pemimpin memerlukan latihan dan bimbingan berterusan khususnya pada usia semuda di sekolah rendah. Ini kerana, proses melahirkan pemimpin adalah proses yang panjang dan tiada pengakhirannya. Ini disebabkan, tidak akan ada pemimpin yang lahir penuh dengan kesempurnaan dan mereka adalah saling melengkapi antara satu sama lain.

Disiplin di sekolah amat bergantung kepada bagaimana pembudayaan itu dibentuk. Ia sudah tentu tidak bersifat akademik, tetapi kepentingannya sama taraf bahkan kadangkala lebih utama berbanding akademik mereka. Demikian reaksi perunding-perunding latihan IQ Class Management selepas menamatkan satu lagi Bengkel Sehari Asas Kepimpinan Muda di SK Seksyen 11 Kota Damansara.

Alhamdulillah, kerana perjalanan bengkel lancar bantuan dan kerjasama dari barisan guru bertugas yang komited. Kami di IQ Class Management mendoakan agar usaha membentuk budaya disiplin tinggi di sekolah diteruskan dan berjaya dicapai khusunya di SK Seksyen 11 Kota Damansara.

 

 

 


Catatan Popular