PENTING UNTUK KETAHUI CARA BELAJAR BERKESAN

5 Mac 2013, Seri Kembangan - Perunding Utama Latihan dan Motivasi dipelawa untuk memberikan ceramah Motivasi dan Kemahiran Belajar kepada pelajar terpilih tahun 6 di SK Taman Universiti Seri Kembangan. Ceramah bermula dengan baik apabila penceramah memulakan dengan memperkenalkan beberapa senaman yang dikenali sebagai 'Midline Movement'.

Ceramah berlangsung selama 2 jam dengan peserta didedahkan dengan teknik memberikan tumpuan dalam belajar, keajaiban minda, cara belajar dan kepentingan mengubah sikap dan tingkahkaku dalam belajar. Ceramah berjalan lancar dan peserta sangat teruja dan komited dengan maklumat yang mereka terima.

Inilah generasi baru, yang mana mereka sangat berani, ingin tahu yang tinggi serta maklumat mereka sangat banyak. Ini menyebabkan untuk menjadi guru mereka, maka pada seorang guru itu perlu ada persediaan serta maklumat yang banyak supaya ia dapat dikongsikan ataupun menjadi jawapan apabila ditanya nanti. Kami doakan semoga segalanya berjalan lancar dan berkesan serta dapat membantu meningkatkan keyakinan diri peserta dan pentadbir sekolah.



Catatan Popular