MENGURUS PERSATUAN MESTI MAHU DAN TAHU



16 Mac 2013, Shah Alam - Lebih kurang 80 orang pelajar yang terdiri daripada pengerusi dan setiausaha persatuan dan kelab di SMK Seksyen 7 Shah Alam telah dikumpul untuk satu sesi perkongsian pengalaman dan teori dalam pengurusan organisasi.


Ceramah yang disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management ini berlangsung selama 1 jam dengan membincangkan isu-isu permasalahan dalam organisasi serta peranan penting yang perlu dimainkan sebagai pengerusi dan setiausaha organisasi.

Ceramah ini merupakan slot salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh PEPIAS bersama pihak sekolah. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan doakan kejayaan pelajar-pelajar yang menyertai kursus ini.

Catatan Popular